Selak pintu beserta mangga merupakan item tambahan untuk mengurangkan lagi risiko pecah pintu terutamanya bagi yang tinggal di hostel. Selak pintu yang ada di pasaran setakat ini mempunyai ciri yang sama iaitu mempunyai engsel 90 darjah. Ini bermakna. selak pintu yang tidak dilipat dengan baik akan cepat rosak dan boleh mendatangkan kecederaan.
Dengan adanya konsep selak pintu dengan engsel 45 darjah seperti di bawah, selak pintu akan sentiasa tersembunyi dan tersimpan kemas disebalik pintu apabila tidak digunakan. Idea yang sangat bagus. Jangan terkejut kerana idea seringkas ini memerlukan 10 orang untuk dihasilkan.
p/s : Cool idea..